Penggunaan internet yang semakin meluas era kini
menggalakkan perkembangan suatu sistem penyimpanan berteknologi maya iaitu Cloud Computing. Cloud
Computing merupakan suatu sistem yang menyediakan servis penyimpanan maya
yang lebih cekap, efektif dan terbukti selamat untuk digunakan sama ada oleh
pensyarah mahupun pelajar dalam meningkatkan kualiti pendidikan tinggi di
Malaysia. Teknologi ini membolehkan setiap universiti membangun dan
menyelenggara laman web rasmi, portal pelajar, zon e-learning dan Internet
University Research yang mana jauh lebih efektif dari sistem sebelumnya.
Antara manfaat signifikan yang boleh didapati
tentang bagaimana Cloud Computing
memudahkan sistem pendidikan tinggi di Malaysia adalah menjimatkan segi kos
pembelian buku teks. Harga buku-buku teks peringkat universiti diakui agak
mahal menyebabkan para pelajar enggan membelinya. Oleh itu, buku teks yang
berkonsepkan ‘cloud’ mampu
menyelesaikan isu ini kerana kos dokumen digital adalah jauh lebih murah
berbanding dengan dokumen bercetak.
Selain itu, ‘cloud
computing’ juga membantu dalam menghindar penggunaan bahan pembelajaran
yang ketinggalan zaman melalui penggunaan buku teks. Oleh kerana pengetahuan
sering bertambah dan berubah dari masa ke masa, maka buku-buku tersebut
haruslah sentiasa di kemas kini yang mana mngambil masa yang lama untuk
dihasilkan.
Tambahan lagi, model perisian ‘Cloud Computing’ seperti Software-as-a-Service
atau SaaS boleh didapati secara percuma atau pun dengan kos yang lebih
murah dan boleh di muat naik ke dalam telefon pintar masing-masing.
Tuntasnya, bidang pendidikan tidak seharusnya ketinggalan
dari segi teknologi yang semakin mendominasi kehidupan manusia kini.