Wednesday, 16 March 2016

Bagaimana Cloud Computing Memudahkan Sistem Pendidikan Tinggi di Malaysia

Penggunaan internet yang semakin meluas era kini menggalakkan perkembangan suatu sistem penyimpanan berteknologi maya iaitu Cloud Computing.  Cloud Computing merupakan suatu sistem yang menyediakan servis penyimpanan maya yang lebih cekap, efektif dan terbukti selamat untuk digunakan sama ada oleh pensyarah mahupun pelajar dalam meningkatkan kualiti pendidikan tinggi di Malaysia. Teknologi ini membolehkan setiap universiti membangun dan menyelenggara laman web rasmi, portal pelajar, zon e-learning dan Internet University Research yang mana jauh lebih efektif dari sistem sebelumnya.
Antara manfaat signifikan yang boleh didapati tentang bagaimana Cloud Computing memudahkan sistem pendidikan tinggi di Malaysia adalah menjimatkan segi kos pembelian buku teks. Harga buku-buku teks peringkat universiti diakui agak mahal menyebabkan para pelajar enggan membelinya. Oleh itu, buku teks yang berkonsepkan ‘cloud’ mampu menyelesaikan isu ini kerana kos dokumen digital adalah jauh lebih murah berbanding dengan dokumen bercetak.
Selain itu, ‘cloud computing’ juga membantu dalam menghindar penggunaan bahan pembelajaran yang ketinggalan zaman melalui penggunaan buku teks. Oleh kerana pengetahuan sering bertambah dan berubah dari masa ke masa, maka buku-buku tersebut haruslah sentiasa di kemas kini yang mana mngambil masa yang lama untuk dihasilkan.
Tambahan lagi, model perisian ‘Cloud Computing’ seperti Software-as-a-Service atau SaaS boleh didapati secara percuma atau pun dengan kos yang lebih murah dan boleh di muat naik ke dalam telefon pintar masing-masing.

Tuntasnya, bidang pendidikan tidak seharusnya ketinggalan dari segi teknologi yang semakin mendominasi kehidupan manusia kini.

1 comment: