Friday, 6 May 2016

‘ Kelebihan Sugi Untuk Kesihatan dari Segi Islam dan Sains ’

Sabda Nabi s.a.w: “Jika tidak kerana bimbangkan membebankan umatku nescaya akan aku perintahkan mereka bersugi setiap kali waktu solat” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
            Perkataan siwak dari segi bahasa berasal daripada perkataan Arab, yang bermaksud membersihkan gigi. Selain perkataan siwak, perkataan miswak juga digunakan bagi membawa maksud yang sama. Manakala dalam bahasa Inggeris, perkataan siwak diterjemahkan sebagai chewing stick. Menurut Ibn al-Nafis, keistimewaan menggunakan  siwak dari kayu al-Arak ialah jika diguna secara sederhana ia akan memutihkan gigi, menguatkan tulang, menghindar dari berlubang dan mengelokkan  ketawa. Malah Ibn al-Qayyim menambah lagi iaitu  siwak, melancarkan lidah, menjernihkan otak, membuka selera dan apa yang baik ialah menggunakannya dengan air mawar. 
Selain itu, bersugi dapat membersihkan mulut secara menyeluruh, menguatkan gusi, menghilangkan kahak,  menerangkan penglihatan, menyihatkan perut, memerdukan suara,  membantu dalam penghadaman makanan, melancarkan percakapan,  mencergaskan bacaaan zikir dan solat, menghindar mengantuk,  mendapat keredaan Allah, menakjubkan malaikat, mendapat banyak kebaikan dan lain-lain lagi.
            Manakala dari aspek Sains pula, bersugi mampu  mengurangkan kadar bakteria berbanding penggunaan berus gigi. Malah, ia juga dapat merangsang pengeluaran air liur yang lebih, di mana ia merupakan organik mulut yang melindungi dan membersihkan mulut.

Amalan bersugi merupakan salah satu daripada amalan gaya hidup yang sihat. Kita seharusnya bijak dalam memanfaatkan perkara yang membawa kebaikan kepada diri kita. Amat baik sekiranya kita mengajar diri dan ahli keluarga lain amalan bersugi ini.

Penyebaran Maklumat Tanpa Tapisan

 Kebebasan maklumat merupakan penyebaran informasi secara bebas tanpa kawalan undang-undang. Kini, pelbagai medium penyebaran maklumat seperti majalah, radio dan internet mudah didapati. Antara contoh penyampaian maklumat tanpa tapisan kini adalah seperti yang acapkali berlaku di laman-laman sosial seperti Facebook, Twitter, WhatsApp dan blog.
 Dalam setiap post yang di update dalam laman-laman tersebut, pengguna lazimnya menggunakan hak bersuara yang selalunya bercampur baur dengan emosi penulis dalam menyampaikan sesuatu berita yang belum pasti sahih dan benar. Ini secara tidak langsung akan mempengaruhi sebilangan pihak untuk mempercayai maklumat tersebut, maka informasi viral akan tersebar. Antara isu yang sering berlaku adalah seperti berlakunya kes penipuan, penyelewengan di dalam perniagaan, wujudnya laman web lucah yang sering dilayari dan berlaku hasutan antara pihak berkepentingan serta wujudnya maklumat-maklumat palsu yang dapat memesongkan fikiran masyarakat. Malah banyak lagi perkara yang tidak baik berlaku iaitu seperti fitnah, menghasut dan kadangkala boleh membawa kepada pergaduhan.
     Segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab akan menyalahgunakan sumber ini untuk menyampaikan fitnah atau maklumat palsu kepada orang awam disebabkan oleh rasa tidak puas dan marah. Ini akan memberi kesan yang buruk kepada orang ramai dengan memperolehi maklumat yang salah dan ia juga akan mendedahkan budaya yang tidak elok kepada generasi muda.

 Kebebasan bersuara memang tidak boleh dinafikan tetapi biarlah bertempat dan melalui kaedah yang betul. Kemudahan teknologi maklumat kini telah membuatkan segala keperluan dan kehendak kita menjadi lebih mudah ibarat segalanya hanya di hujung jari di dalam evolusi dunia tanpa sempadan.