Kebebasan
maklumat merupakan penyebaran informasi secara bebas tanpa kawalan
undang-undang. Kini, pelbagai medium penyebaran maklumat seperti majalah, radio
dan internet mudah didapati. Antara contoh penyampaian maklumat tanpa tapisan
kini adalah seperti yang acapkali berlaku di laman-laman sosial seperti
Facebook, Twitter, WhatsApp dan blog.
Dalam setiap post yang di update dalam
laman-laman tersebut, pengguna lazimnya menggunakan hak bersuara yang selalunya
bercampur baur dengan emosi penulis dalam menyampaikan sesuatu berita yang
belum pasti sahih dan benar. Ini secara tidak langsung akan mempengaruhi
sebilangan pihak untuk mempercayai maklumat tersebut, maka informasi viral akan tersebar. Antara isu yang
sering berlaku adalah seperti berlakunya kes penipuan, penyelewengan di dalam
perniagaan, wujudnya laman web lucah yang sering dilayari dan berlaku hasutan
antara pihak berkepentingan serta wujudnya maklumat-maklumat palsu yang dapat
memesongkan fikiran masyarakat. Malah banyak lagi perkara yang tidak baik
berlaku iaitu seperti fitnah, menghasut dan kadangkala boleh membawa kepada
pergaduhan.
Segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab akan menyalahgunakan
sumber ini untuk menyampaikan fitnah atau maklumat palsu kepada orang awam
disebabkan oleh rasa tidak puas dan marah. Ini akan memberi kesan yang buruk
kepada orang ramai dengan memperolehi maklumat yang salah dan ia juga akan mendedahkan
budaya yang tidak elok kepada generasi muda.
Kebebasan
bersuara memang tidak boleh dinafikan tetapi biarlah bertempat dan melalui
kaedah yang betul. Kemudahan teknologi maklumat kini telah membuatkan segala
keperluan dan kehendak kita menjadi lebih mudah ibarat segalanya hanya di
hujung jari di dalam evolusi dunia tanpa sempadan.
No comments:
Post a Comment