Tuesday, 5 April 2016

MEDIA SOSIAL MENJARAKKAN HUBUNGAN KEKELUARGAAN

Dalam era globasasi kini, tidak dapat dinafikan betapa pentingnya mempunyai rangkaian internet dalam segala aspek kehidupan tidak kiralah dari segi ekonomi, politik dan juga sosial. Kesempatan ini telah dimanfaatkan oleh smartphone vendor seperti Samsung, iPhone, Asus, Oppo, ViVo, Lenovo, Xiao Mi, Lenovo dan sebagainya yang berkembang bagai cendawan selepas hujan dalam menyediakan akses kepada media sosial terutama sekali terhadap remaja.
            Antara media sosial yang menjadi trend dalam kalangan remaja masa kini termasuklah Facebook, Twitter, Youtube, Instagram, LINE, Telegram, Bee Talk, KiK Messenger, Path, iMo dan WhatsApp. Media-media seperti ini menghapus batasan dalam bersosial. Disebabkan tarikan sosial yang datang dalam pakej aplikasi media tertentu menjadikan ia seperti candu yang menyebabkan remaja mengalami ketagihan terhadap media sosial.
            Media sosial dapat diibaratkan sebagai tubuh badan ekstra pada remaja di mana remaja tidak akan mampu berfungsi tanpanya. Ketagihan melampau ini banyak mempengaruhi keupayaan golongan remaja dalam mengekalkan hubungan kekeluargaan. Lazimnya, remaja lebih banyak meluangkan masa melayari media sosial dan mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang anak, abang atau kakak apabila berada di rumah. Sesi luahan perasaan tidak lagi dilakukan bersama ahli keluarga, hubungan antara kakak atau abang dengan adik akan menjadi renggang lantaran kurangnya komunikasi antara kedua pihak.
Satu kajian telah dilakukan di Singapura yang mana seorang anak perlu menatap dan merenung wajah ayahnya selama 5 minit. Sepanjang sesi itu, barulah anaknya itu sedar bahawa kesibukan hariannya melayari laman sosial menyebabkannya tidak sedar akan perubahan-perubahan pada wajah ayahnya yang semakin menua.

Tuntasnya, remaja seharusnya lebih mengutamakan keluarga berbanding dengan media sosial. Kita tidak sedar bahawa semakin kita tumbuh membesar, ibubapa kita juga semakin meningkat usia. Maka, hargailah mereka.

1 comment:

  1. video on https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=838978972897622&id=667480290047492

    ReplyDelete