Dalam era globasasi kini, tidak dapat dinafikan
betapa pentingnya mempunyai rangkaian internet dalam segala aspek kehidupan
tidak kiralah dari segi ekonomi, politik dan juga sosial. Kesempatan ini telah
dimanfaatkan oleh smartphone vendor
seperti Samsung, iPhone, Asus, Oppo, ViVo, Lenovo, Xiao Mi, Lenovo dan
sebagainya yang berkembang bagai cendawan selepas hujan dalam menyediakan akses
kepada media sosial terutama sekali terhadap remaja.
Antara
media sosial yang menjadi trend dalam
kalangan remaja masa kini termasuklah Facebook, Twitter, Youtube, Instagram,
LINE, Telegram, Bee Talk, KiK Messenger, Path, iMo dan WhatsApp. Media-media
seperti ini menghapus batasan dalam bersosial. Disebabkan tarikan sosial yang
datang dalam pakej aplikasi media tertentu menjadikan ia seperti candu yang
menyebabkan remaja mengalami ketagihan terhadap media sosial.
Media
sosial dapat diibaratkan sebagai tubuh badan ekstra pada remaja di mana remaja
tidak akan mampu berfungsi tanpanya. Ketagihan melampau ini banyak mempengaruhi
keupayaan golongan remaja dalam mengekalkan hubungan kekeluargaan. Lazimnya,
remaja lebih banyak meluangkan masa melayari media sosial dan mengabaikan
tanggungjawab sebagai seorang anak, abang atau kakak apabila berada di rumah.
Sesi luahan perasaan tidak lagi dilakukan bersama ahli keluarga, hubungan
antara kakak atau abang dengan adik akan menjadi renggang lantaran kurangnya
komunikasi antara kedua pihak.
Satu kajian telah dilakukan di Singapura yang mana
seorang anak perlu menatap dan merenung wajah ayahnya selama 5 minit. Sepanjang
sesi itu, barulah anaknya itu sedar bahawa kesibukan hariannya melayari laman
sosial menyebabkannya tidak sedar akan perubahan-perubahan pada wajah ayahnya
yang semakin menua.
Tuntasnya, remaja seharusnya lebih mengutamakan keluarga
berbanding dengan media sosial. Kita tidak sedar bahawa semakin kita tumbuh
membesar, ibubapa kita juga semakin meningkat usia. Maka, hargailah mereka.
video on https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=838978972897622&id=667480290047492
ReplyDelete